Get your own Digital Clock

Saturday 31 December 2011

Our little Sarah

  
Miss Sarah so much!!!          




Malam ni aku nak cerita pasal this  little Sarah. Rindu sangat kat dia! Only if I have wings to fly and reach her. Hummm.. siapa Sarah? Actually Sarah is neither my little sister nor my niece but.. she is my nephew. Yup! she is my aunt' s daughter. First daughter in fact. She was born three days before my aunt' s wedding anniversary. Of course, she is the BEST gift ever for the special day.  Her birthday is on 14 June 2011. This cute baby's full name is Nur Aqilah Maisarah binti  Nashrol.

My aunt, mak sue called her Aqilah but for me I'd prefer to call her Sarah. Why? Well, there is no reason for sure but I just loved to call her  Sarah since I think it suit her well. Sarah sounded nicer than Aqilah. Don't you think so? whatever it is she is my little Sarah. Oh, she is so chubby and healthy.. geramnya nak kiss her cheeks. Rasa cam nak cubit-cubit je. Now, she is about six month years old +++ with the weight of about 9 kg. 

Sarah waktu baru lahir.. few weeks..

about a month year old



Fact about Sarah is she looks alike my uncle, Ayah su. Well, she's totally inherit her dad' genes. The only one similarity with her mom is the gender.. hahahaha.. because they are both girl. The rest is like her dad.  Like father like daughter! Obviously, people who see her would think that she's a baby boy not a baby girl. It is true! hehehehehehe...

But just like my mama told, babies faces would change from time to time. Now, she looks more like a girl should be! I really love to see her in pink! Typical color for a girl huh... ?

Sarah yang suka hisap jari~

Sarah with her muncung itik (Azizah told so)

Sarah and my sis, Jijie

Kesian kat Sarah.. abang2 sepupu nya punya la hepi~
Sarah ni seorang budak yang sangat baik... jarang sangat dapat dengar dia menangis. Paling tidak pun dia merengek je sebab bosan. Sebab dia tidak cerewat maka Sarah ni sangat senang untuk dijaga, tak banyak karenah. Sejuk perut ibu dia mengandung. huhu... Oh ya, walaupun mak su aku sibuk bekerja, salah seorang pegawai polis tapi she still got time to pump milk for Sarah (fully breastfeeding). Opps.. my aunt tu memang la pegawai polis tapi dia kerja lam office je... not the one yang kejar-kejar orang jahat tuh.. hehehe... 

Bertuahkan Sarah sebab dapat minum susu ibu yang the best in the world.. berkhasiat pula tu dibandingkan dengan susu lembu yang banyak terdapat di pasaran tu. Maka tak hairan la si kecil tu membesar dengan sihat dan kuat! Badan pun macam dipam-pam bukan main lagi 'semangat' sampai nak dukung lama-lama pun tak larat sebab berat sangat.. huhuhu.. Sarah cepat-cepat besar ye nati boleh main kejar-kejar ngan angah.

Wednesday 28 December 2011

Yeah, i'd loved to do it!

Have you ever heard about procrastination? what do you understand about that? well, as far as I'm concerned it is an act or habit of procrastinating, or putting off or delaying something that requiring immediate attention. Means that you keep delaying your work, which meant you would prefer to do it at the very last minute.

I admit that I do have this habit. Well, FYI... every time I found the works were hard to do I will stop doing it and keep delaying.  For instance I would rather doing some thing that I'd loved to do more than finish up my homework which I found it is very difficult to do so..

What am I blabbering about actually? does anybody can tell me? Of course there is no good for me to procrastinate my homework but I just love it.. ha3... to think it wisely it is really not a good habit... I want change it. When? yeah, that day will come sooner or later.

Sunday 18 December 2011

Mari belajar menaip bersama cik hp

Rasa macam budak tadika yang baru belajar mengeja perkataan! Itulah yang aku rasa bila jari jemari ni mula menari ala-ala sway untuk menyudahkan 3 helai skrip untuk drama arab. Susahnya ya ampun! terpaksa mengeja huruf sebijik-sebijik! Namun demi ustaz Arab 'tercinta' digagahi juga untuk menaip walaupun sangat slow macam kura-kura

Pengalaman pertama menaip dalam bahasa Arab~ walaupun pada mulanya berat hati nak menampal sticker huruf Arab pada keyboard cik hp namun terpaksa juga merelakannya sebab ana akan menggunakannya untuk jangkamasa yang agak lama. Tiga sem berturut-turut kot!

Inilah hasilnya.. taddaaaa!!!!!!

cik hp yg telah di'make over'... cantik kan?

closer up




Untuk guna tulisan arab ni tak payah download softwater ke ape, just tukar kat language amik  Arabic (Saudi Arabia) dan untuk letak baris plak, mula-mula tekan shift dulu pastu baru tekan:

Q = baris atas, ex: بَ
W = baris 2 di atas, ex:  ًب
E = baris depan, ex: بُ
R = baris 2 depan, ex: بٌ
A = baris bawah, ex: بِ
S = baris 2 bawah, ex: بٍ
X = baris mati, ex: بْ
~ = tanda sabdu, ex: بّ


Agak-agak lepas ni kalo kena taip lam bahasa Arab lagi, boleh taip dengan laju tak eh?

Thursday 15 December 2011

The worst in the history of 22 years!

Beberapa hari lepas, iaitu pada 13 Disember 2011 genaplah umur aku 22 tahun. Hmm, macam tak percaya da 22 tahun rupanya aku bernafas di atas muka bumi ciptaan Allah ni. Terima kasih Allah sebab masih lagi beri peluang untuk hambaMu yang kerdil ni hidup sihat wal'afiat dari hari ke hari! Tengah malam tu (12/12/2011) ketika jarum mula menginjak ke pukul 12.01 tengah malam aku rasa sangat gembira sampai tak boleh nak tido. Kali terakhir aku tengok jam sebelum tido ialah pada pukul 2 pagi.  
 
Pagi tu aku pergi kelas punyalah berseri-seri dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Rasa macam nak menjerit sekuat hati meluahkan perasaan, ingin sekali aku menyatakan betapa gembiranya aku pada hari itu.  Ucapan yang diterima dari teman-teman menambahkan lagi kegembiraan dihati. Nak -nak lagi salah seorang dari kawan sekelas aku berkongsi tarikh lahir yang sama, kononnya kembar tak seiras yang lain mak lain bapak. huhuhuhu.. 

Tapi bila dah menginjak ke petang aku rasa makin layu dan layu. Sebabnya orang-orang yang aku sayangi melupakan aku. Ternyata mereka semua terlalu sibuk untuk mengingati satu tarikh yang amat bermakna bagi hidup aku. Mungkin bagi sesetengah orang ianya bukanlah sesuatu yang sangat penting tapi bagi seseorang seperti aku yang amat menghargai tarikh-tarikh bersejarah seperti itu sememangnya ianya merupakan sesuatu yang penting. Sekali setahun kot!

Kalau orang lain yang lupa aku masih boleh terima tapi keluarga tersayang yang melakukannya~ I hardly accept the fact that they forgot my birthday. How can every single of my family members forgot it? Everyone! not only Abah, Mama, Along but also my most loved one Jijie & Azizah! How could them! dah la tak ingat, masa orang tepon dorang tu punyalah sibuk sampai tak sempat cakap apa-apa dah nak letak ada kerja nak wat.  Then ask me to call back? memang tak la kan! Sedih tau~

Lepas tu balik dari kuliah dalam hujan pula tuh! Memang teruk sangat.. Arghhh.. apalah nasib badan. Dahlah jauh nak menapak dari kelas nak ke perhentian van dan bas yang terletak kat depan balai pengawal tu. Tapi terpaksa juga redah hujan sebab dah lama sangat menunggu.  Agaknya semalam semua pakcik-pakcik van balik ke rumah awal. Tunggu punya tunggu takde satu pun yang datang. Sampai rumah dekat pukul 7 kot tu pun nasib baik ada classmate yang sudi nak tumpangkan walaupun dia terpaksa patah balik sebab rumah aku jauh ke depan sikit dari rumah dia yang mana kalau diikutkan memang tak sehaluan pun. 

Balik rumah instead of mandi dan makan malam, aku just tukar baju then melepak depan laptop membaca  ucapan-ucapan kat wall post fb dengan harapan ada la kot2 si Jijie & Azizah tu post kat fb (kot2 la kan!) Tapi yang ada ucapan dari teman-teman je. urghhh, memang betulla 2 beradik tu tak ingat, sampai hati, limpa dan jantung dorang 2 tu~ sob sob sob.. dan disebabkan rasa kecewa yang amat sebab dilupakan aku terus tutup laptop, tutup suis lampu, naik katil, tarik mp3 dan pakai earfon, tarik selimut dan menangis dalam kegelapan dan berseorangan sebab dua-dua rumet aku pergi kelas malam. 

Bangun keesokkannya baru aku perasan de mesej dari cik Azizah. Ok, fine aku dah tak marah kat dia lagi tapi geram sebab lambat wish. Dahlah tahun lepas buli aku dengan teruknya pada tarikh yang sama camni gak. Suka sangat permainkan aku dan menguji kesabaran aku yang tak setebal mana ni.  Dan terasa sangat rugi sebab rupanya malam aku merajuk tu kawan aku yang sekarang ni menetap di New York bersama suami dan anak tercinta tu ada telefon untuk wish birthday tapi tak dapat sebab aku tido awal. Demmm... dahlah susah nak dapat panggilan dari orang jauh yang sorang~ bila dia nak call aku plak x angkat.


Saturday 10 December 2011

Aku dan buku

Ya, aku akui aku ni sangat la suka blogwalking dari satu blog ke blog yang lain especially blog yang berkaitan dengan penulisan cerpen, novel dan puisi~ Minat aku dalam bacaan penulisan ni bermula dari waktu sekolah rendah lagi yang mana pada masa itu aku sangat minat dan suka baca buku cerita pasal fiksyen sains, persahabatan dan penyiasatan.Waktu budak-budak lain sibuk beratur untuk makan tengahari aku plak sibuk cari buku kat rak dalam perpustakaan lepas tu baru pergi makan. Tak pun aku makan cepat-cepat kemudian baru pergi ke perpustakaan. Masuk sekolah menengah plak aku mula minat baca novel cinta. Waktu tu juga aku minat baca majalah dan majalah yang menjadi pilihan aku pada masa tu ialah Klik, majalah kartun G3, Bintang Kecil (pun aku baca walaupun dah terlebih umur.. he3..) remaja, dan majalah apa ntah yang pasal akademik tuh~

Aku ingat lagi novel pertama yang aku baca ialah novel Ombak Rindu yang aku pinjam dari mak su aku. Aku sampai bawa novel tu ke sekolah baca sambil makan tengahari dan disebabkan novel tu memang best kawan-kawan aku pun sama naik baca novel tu smapai jadi belacan novel mak su aku tu. Nasib baik mak su tak marah.. he3.. novel pertama yang aku beli pula bertajuk Bukan Cinta Biasa,tak ingat nama penulis dia.. Izzati apa ntah tapi buku tu memang best.

Sampai sekarang aku minat baca novel dan semakin menjadi-jadi semenjak aku jatuh cinta pandang pertama pada blog penulisan2u. Kalau pasal penulisan2u menghadap laptop berjam-jam pun tak pe dan sekarang ni aku minat blogwalking baca blog orang pula. Tapi walaupun aku ni minat gila-gila baca novel, buku cerita, blog dan lain-lain, aku tak pandai nak membuat karangan even nak menaip entry untuk dipostkan kat blog ni pun aku tak reti sangat sebab tu penulisan aku ni agak membosankan.. hahaha.. Aku buat blog ni dulu pun bukan diatas sebab-sebab yang kukuh.. saja-saja, suka-suka je~ dan aku sedar satu perkara menulis entry yang baik tu sangat SUSAH!

Sebab tu aku respect penulis-penulis yang boleh menghasilkan karya=karya yang best.Bukan senang nak perah otak keluarkan idea, nak karang idea tu jadi penulisan lagi. Kalau aku memang surrender awal-awal lagi. Aku memang TAKDE BAKAT dalam bidang penulisan ni. But I can be a very good reader. he3.. Memang sangat baik la sampai sanggup bersengkang mata tuk baca entry dan hari-hari online tuk baca latest update~

Adui la apa nak jadi ni? bila masanya aku nak study ni weh.. ok fine, starting from this week time for blogwalking 'll be limited. Kena fokus lau tak cam ne nak dapat dean list ni? aishhh, dah la sem lepas dapat 3.20 je. Pelik tapi benar minat membaca itu hanya terhad pada novel, majalah dan buku cerita je kalau buku-buku ilmiah memang fail la. Kalah, tak leh lawan kepantasan aku baca novel.. ha3.. ibaratnya kalau aku baca novel tu mesti laju macam formula 1 tapi lau baca buku ilmiah sebaliknya yang berlaku.  Oh dear, back to the right track please~

Friday 9 December 2011

Short Film - Tomato



133. And march forth in the way (which leads to) forgiveness from your Lord, and for Paradise as wide as are the heavens and the earth, prepared for Al-Muttaqun (the pious - see V.2:2).

134. Those who spend [in Allah's Cause - deeds of charity, alms, etc.] in prosperity and in adversity, who repress anger, and who pardon men; verily, Allah loves Al-Muhsinun (the good-doers).

135. And those who, when they have committed Fahishah or wronged themselves with evil, remember Allah and ask forgiveness for their sins; - and none can forgive sins but Allah - And do not persist in what (wrong) they have done, while they know.

136. For such, the reward is Forgiveness from their Lord, and Gardens with rivers flowing underneath (Paradise), where in they shall abide forever. How excellent is this reward for the doers (who do righteous deeds according to Allah's Orders).

From Surah Ali-Imran:3:133-136

Aku share video ni dari you tube~ tadi tengah sibuk online berfacebooking pastu ternampak kat News Feed that two of my friends shared a link. Seeing that the title is quite interesting, I clicked the link to watch the video and there is no doubt this short video is really good. Thumbs up for the director and actors. Video ni menyampaikan satu mesej yang cukup menarik dan mudah untuk difahami.

It's about how the real ukhuwah should be~ Being close too each other even when we are the same gender, it is not something that we can label as being a gay or lesbian. This kind of relationship is totally NOT!! eh, tercakap orang putih plak macam la pandai sangat speaking.. he3.. ok walaupun hubungan tu rapat macam ni ianya bukanlah gay atau lesbian ye tapi ikatan persahabatan yang utuh, UKHUWAH. Tak kisahlah apa yang kita gelarkan pada mereka samaada sahabat ke, kawan ke,teman ke, saen ko, klik ke, BFF ke apa-apa je la, kalau kita benar-benar sayang dan kasihkan mereka kita perlu menegur jika dia ada berbuat kesalahan. Sebab apa? Sebab kita sayang mereka maka kita kalau boleh nak sama-sama masuk syurga bersama mereka. Bak lirik lagu Jalinan Kasih nyanyian sape ntah, tak ingat he3..

"oh mari bersama kita jalinkan kasih sayang sesama insan
di hari ini kita mulakan moga kekal tuk selamanya
indahnya jika kita dapat bersama hidup selalu gembira di dunia ini
lagi indahnya jika kita dapat bersama hidup di dalam gembira
di akhirat sana.."

Eh, ada kaitan ke dengan video tu? Motif? he3.. sebenarnya aku nak cakap kalau kita sayangkan hubungan persahabatan kita tu kita kenalah buat baik pada kawan kita tu. Tak nak la cepat marah-marah, panas baran ke apa ke. Sabar tu kan separuh daripada iman. Eleh, aku ni cakap je pandai. Cik Fasha awak tu tak cepat melatah ke? bukan kadang-kadang tu belum apa-apa awak tu dah 'touching' ke? pastu mulalah merajuk. Bukan ke itu tak sabar juga namanya~

Oh, ya kalau nak menegur tu boleh tapi tegurlah secara berhemah bukan berkhemah ye. Teguran yang lembut dan berhemah mestilah senang orang nak terima ye tak? Kalau tegur main aci redah je sapa tak terasa kan. Kalau dah terasa tu mula la tak bertegur sapa. Masing-masing nak pertahankan keegoan yang memang dah sejak azalinya tinggi setinggi KLCC tu. Semua tak nak mengaku salah, memang dia je lah yang betul katakan. Kalau dah mula tak bertegur sapa tu lah yang susahnya, walaupun tak delah sampai nak "menjeling-menjeling ku bertentang mata kita saling memandang. Kucuba-kucuba nak bertanya...." nak telah menyambung balik hubungan yang carik sedikit tu bukannya senang. Lidah pun jadi kelu sebab tak tau nak cakap apa. Nak minta maaf rasa macam tak de salah apa-apa pun.

Susah wo wa cakap lu. Tapi tak leh tak bertegur sapa lebih daripada tiga hari nanti tak pasal-pasal putus pulak tali silaturrahim. Allah tak suka tau lau memutuskan silaturrahim ni. So kalau ada gaduh-gaduh tu kenalah berbaik cepat. Macam mana nak memulakan langkah untuk berbaik-baik? Don't ask me coz I don't know. hahahahaha

Friday 2 December 2011

Alkisahnya jodoh pertemuan itu ditangan Allah S.W.T.~

Di suatu pagi yang hening.. he3.. pagi la sangat dah pukul 8.40 lebih da waktu tu. Aku tengah tunggu van koop nak pergi kelas waktu. Sempat lagi aku cuci mata tengok anak teruna jiran depan rumah aku.. he3.. pagi-pagi lagi dah nak menggatal.. opps... he3 tak gatal pun aku baik-baik aja. Tunggu punya tunggu sampai juga akhirnya Pak Rahim. Pukul 8.55 waktu tu.


Pak Rahim: Maaflah adik, tadi pak cik dah keluar simpang taman perumahan ni pergi hantar budak ke kampus. Adik lambat tepon sikit, kalau pak cik tahu tadi pak cik dah datang amik.

Aku: Takpe pak cik.. he3.. saya pun siap lambat tadi (syok sangat kan tido balik lepas Subuh)

Pak Rahim: Kawan-kawan yang lain mana? dah pergi?

Aku: Dorang dah pergi tadi lagi kelas pukul 8 (tipu, tak kan aku nak cakap plak kat Pak Rahim yang dorang da tinggal aku, al maklum la dorang de kereta aku ni ape yang ade.. hu3)

Aku ingatkan Pak Rahim nak terus hantar pergi kampus, sekali singgah dulu hantar sorang budak tu ke stesen bas kat bandar. Nak balik kampung ler tu, jeles aku yang masih kena pergi kelas! Van da nak gerak da waktu tu, tiba-tiba aku nampak ada 2 orang budak lelaki berlari-lari nak kejar van. Aku pun cakaplah kat pak cik tu. Sekali waktu nak naik tu boleh plak dia jadi cam patung cendana kat tepi pintu van tu.

Adik SK1: Eh, mana kad aku? kau de nampak tak? (dia tanya kat kawan dia, Adik SK2)

Adik SK2: Tak tau. Tak kan tertinggal kat stesen bas plak. Eh, dekat kedai makan tu kot?

Adik SK1: Aduh, camne ni? kena gi amek la kejap.

Pak Rahim: Kat kedai mana? naik la dulu pak cik anta ke kedai tu. Nak anta orang pegi kelas ni.

Maka naik la budak berdua tu. Si SK1 tu duduk kat depan sebelah pemandu, yang si SK2 tu pulak dok kat belakang aku.

Adik SK2: Akak ada kelas ke ni?

Aku: Ada, pukul 9 jap lagi.. tak pe (senyum sambil puji dalam hati comelnya budak ni, cute macam adik aku yang kat kampung tu)

Adik SK2: Oh, akak duk kat luar eh?

Aku: Ha'ah.

Adik SK2: Akak part berapa?

Aku: Baru part 3 (sambil jeling tgk kat matrik budak tu.. he3.. )

Adik SK2: Oh, akak amik kos pe kak?

Aku: Sains kimia.

Adik SK2: Erk, sains kimia? Diploma Sains erk?

Aku: Tak, bachelor (sambil senyum malu)

Adik SK: Eh, salah la ni. Sorry akak (adik tu wat muka terkejut.. Aku dalam hati da gelak perasan, ha3.. aku ni awet muda kot)

Aku: Eh, takpe bukan apa pun (senyum lagi)

Adik SK: Nape akak tak duduk kat dalam? kan de yang kena bayar RM 210 tu tuk satu sem.

Aku: Oh, yang tu untuk yang baru masuk je. Akak ni da lama lagipun tempat kediaman kan tak cukup. Bagi kat budak baru je la, dorang kan tak biasa lagi cam akak ni dah biasa ngan tempat ni.

Adik SK2: Dulu akak belajar diploma ke matrik? kat mana?

Aku: Akak belajar diploma je kat sini jugak.

Adik SK2: Akak ni selalu ke gi kelas lambat camni? Eh, akak ni memang suka eh bangun lambat pastu lambat gi kelas. Tak baik tau kak. 

Aku: (eh, eh udak ni lecture aku plak. Nak kena ini budak!) Eh, mana ade, dah bangun awal da pagi tadi. alah, lecturer faham la student dok kat luar kampus memang susah nak dapat transportation pagi-pagi.

Adik SK2: Akak tinggal berapa tahun lagi?

Aku: Lagi setahun. (sebenarnya aku terlupa, sepatutnya lagi 1 tahun setengah)

Adik SK2: Oh, nanti hujung tahun akak grad dah la ek.

Aku: Erm, yela kot. InsyaAllah~ (gaya tak yakin)

Adik SK2: Akak, tak boleh macam tu. Akak kena yakin dengan diri sendiri. Tak kan lah akak tak nak habis cepat.

Aku: Ish, takdelah.

Aku dalam hati bila la nak sampai ni, banyak mulut pulak budak ni aku pun sama naik gi layan budak ni. Ish ish, entah mimpi pe aku malam tadi sampai boleh jadi TERLEBIH mesra alam pagi ni. Tapi seronok gak berborak dengan orang yang kita tak kenal ni.. he3.. Masuk je pintu depan U, aku pun menarik nafas lega. Yes, dah nak sampai!

Pak Rahim: Adik, kelas kat mana ni?

Aku: Kat blok baru, kat belakang, blok C (begitu terperinci penerangan aku! he3)

Adik SK2: Akak, akak ni orang mana? asal mana?

Aku: Eh, tak leh gitau (sambil pandang kiri kanan buat-buat tak amik port sangat)

Adik SK2: Alah, akak saya bukan nak mengorat akak pun. Nak tau je.

Aku: Eh, ke situ dia. Bukan sebab tu la. Saja malas nak bagitau. ha3.. (gelak jahat sambil control ayu.. ceit! poyo je aku ni)

Adik SK2: Alah, boleh la kak mana tau nanti boleh buat kakak angkat. (Aku tengok ke depan, nampak si SK1 tu dok gelak-gelak sambil mengelengkan kepala)

Aku: Cuba teka~ (masih nak berahsia takut kena perli kaw-kaw dek budak ni.. he3)

Adik SK2: Orang KL ek?

Aku: Eh, ye ke? nape adik teka akak orang KL? (muka terkejut yang teramat sangat. Aku ni bercakap bunyi macam orang KL ke? alamak!)

Adik SK2: Slang akak cam orang KL.

Aku: Takla.

Adik SK2: Habis tu, akak orang mana?

Aku: Pahang je (tak pasal-pasal dapat dosa kering sebab tak berlaku jujur.. hu3.. tapi betulla aku memang tinggal kat Bentong, Pahang tapi dilahirkan dan sempat membesar di Kelantan. Hakikatnya aku terlupa nak bercakap slang 'budu' sebab syok sangat borak dengan si SK2 tu. Kalaulah dia tahu  mau kena 'laser' ngan budak ni.

Adik SK2: Oh, Pahang kat mana?

Aku: Bentong je~

Adik SK2: Oh, patutla Bentong kan da nak masuk belah KL (sambil sengih, kutuk aku la tu!)

Aku: Oh, perli akak eh?

Adik SK2: Takla. he3. (boleh dia gelakkan aku)

Nasib baiklah waktu tu aku dah nak sampai kat blok B. Berhenti je van tu kat depan kafe blok Infra Science Tech si SK2 pun cakap;

Adik SK2: Saya doakan akak berjaya... bla.. bla... bla.. jangan lupa kami tau

Aku: Hmm, memang tak ingat da lepas ni (logiknya macam tu la, jumpa la plak kan aku ngan budak-budak tu lepas ni. Ingat senang ke nak jumpa balik kat kampus sebesar alam tu)

Lepas bayar tambang je aku terus buka pintu van dan terus keluar. Si budak berdua sempat lagi nak berlambai-lambai bye bye kat aku. Uh, memang rasa nak tergelak aku dibuatnya. Hahaha.. aku masuk kelas dengan senang hati dan riang gembira. Rasa bertuah pula boleh terjumpa dengan budak yang nyata telah menceriakan pagi aku pada hari itu. Masa tu Miss pun tak masuk kelas lagi. Kan aku da kata memang takpe kalau lambat sikit pun.

Nak dijadikan cerita petang tu dalam pukul 5 lebih  aku baru habis kelas dan dalam perjalanan balik ke rumah sewaku di Taman Desa, masih menaiki van yang dipandu oleh Pak Rahim kami singgah di bandar untuk menurunkan penumpang yang tinggal di kawasan bandar. Tanpa disangka-sangka~

"Eh, macam kenal je akak ni!" Dengan muka pelik aku pusing ke sebelah kiri dan nampak si SK2 tu dok tersengih kat tepi van. Secara automatik senyuman aku makin melebar.

"La, jumpa lagi korang ni" Waktu tu lah aku terpandang si SK1 tu dan aku nampak..

"Apsal tangan berbalut tu? Baru pagi tadi jumpa elok je tangan tu, jumpa balik petang ni dah beranduh?"

Waktu tu juga la Pak Rahim suruh dorang naik van lain yang memang dah tersedia ada dari tadi kat stesen bas tu. Kiranya ikut giliran la, macam aku ni takpe la sebab dari dalam kampus agi cuma nak pergi umah aku tu kena lalu bandar dulu, alang-alang tunggu jela penumpang lain.


 Adik SK2: Ala, pak cik.. baru je nak borak ngan akak ni~

Aku: Bye bye.. hahahaha.. jumpa lagi.

Rasa nak tergelak bila tengok budak dorang tu, yang sorang beranduh tak tau la patah tangan ke terseliuh je, yang sorang lagi tu terkedek ikut SK1 dari belakang sambil jinjit plastik ubat. Entah apalah yang jadi sebenarnya sampai si SK1 tu beranduh bagai. Kalaulah ada jodoh pertemuan lagi (entah aku ingat lagi ke tak muka budak SK1 dan SK2 tu) insyaAllah aku nak tanya. he3.

p/s: SK1 dan SK2 semoga kita jumpa lagi!

Friday 18 November 2011

Menghitung hari

Pejam celik pejam celik, rupanya tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya. Sekarang dah masuk pertengahan bulan November, 18 November 2011. Tidak terasa betapa cepatnya masa berlalu, detik demi detik kian pergi dan tak mungkin berulang kembali.

"Waktu kian terbuang, hidup terus berjalan meski penuh dengan tangisan"

25 hari lagi, ya 25 hari lagi umurku akan mencecah 22 tahun. Terlintas sekilas di fikiran dah tua da rupanya aku ni tapi masih lagi tak matang, masih suka berperangai macam budak-budak, masih suka menyusahkan hati mama dan abah, masih tidak sedar diri dan banyak lagi.

Bila nak jadi dewasa sebenar-benar DEWASA ni? Bila nak berhenti berperangai macam budak tak cukup umur?

Thursday 27 October 2011

Izinkanlah diriku

Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

( korus )

Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejahtera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

( ulang korus )

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman


Alkisahnya semalam teman budak-budak ni pegi karaoke kat Mercu Resort (tanpa kerelaan sebenarnya.. hoho.. bergeliga betul otak yang satu itu, pandai ek wat plan) dan dalam paksa rela diri ini terpaksa menyanyikan sebuah lagu untuk pertama kalinya setelah sekian lama budak-budak ni membodek nak dengar aku nyanyi.. hehehe, malu jek.

Maka atas permintaan ramai aku pun pilihlah satu lagu. Pada awalnya konon- konon nak nyanyi lagu Exist- Jesnita (tak reti pun nak nyanyi lagu ni sebenarnya, suka dengar je) tapi di saat-saat akhir, aku pun gatal tangan amik pensel dan tukar jadi lagu Singkong & Keju.. dengan yakinnya sebab aku selalu dengar adik sepupu aku nyanyi lagu ni dan liriknya agak mudah.

Akan tetapi, lidah aku jadi kelu sebab lagu sempoi itu tiba-tiba je bertukar jadi lagu ROCK.. sebabnya lagu tu kumpulan Khalifah nyanyi balik dalam versi rock.. adus! kena setempek kat muka terus aku senyap xtau nak nyanyi camne.. 

Lepas tu memang aku bantai gelak sambil control ayu.. hehe.. malu siot! Walau apa pun aku dan kawan-kawan tetap enjoy. Lagu penutup tu pun tak boleh dibelah.. tapi memang enjoy giler nyanyi lagu Memori Daun Pisang reramai! 
 
Dan dalam banyak-banyak lagu yang budak-budak ni nyanyi aku paling suka lagu yang kat atas tu.. Lagu Izinkan Selamanya Namamu Dihatiku.. sangat la jiwang! Balik rumah terus bukak lappy, online cari lagu tu kat 4shared. Memang semangat la aku!

Mr Takagi, izinkanlah selamanya namamu dihatiku.. izinkanlah aku untuk terus mencintaimu, menyayangimu, mengasihimu..

Saturday 22 October 2011

Chef Fasha in da house!

Hujung minggu yang cukup membosankan! Bestnya dorang, dapat balik rumah. But me? Terpaksa duduk kat rumah berdua je dengan kak Maz.. dan ditemani oleh cik mieow comel, Meymin.. ha3 padan muka Meymin dan kitaorang sebab kena tinggal! huhu.. kalaulah ada sayap ingin ku terbang pulang ke kampung yang tercinta berjumpa dengan keluarga yang tersayang... dan mungkin dapat jadi pengapit untuk Pak Uda yang bakal menamatkan zaman dudanya dengan insan pilihan.. ngehehe.. mana la tau kot2 dapat berkat...

Entah kenapalah minggu ni banyak sangat kerja yang perlu dibereskan? sia-sia je dapat cuti Deepavali & cuti Keputeraan Raja Pahang tapi tak boleh bersuka ria balik ke kampung halaman. sigh. si Iz pun satu kata nak datang rumah, nak buat tesis tapi bayang pun tak nampak agi. Penat je eden tunggu sehari suntuk, dia tak muncul2 agi. Mau kena bebel ni!

Oh, ya memandangkan hari ni cik tukang masak Diraja pergi bersukaria mencari gajet kat Kuala Lumpur, beta terpaksalah mencemarkan duli masuk ke dapur untuk memasak... hoho.. naseb baiklah ada jugak pengalaman kalo tak haru.. haha anak dara sapo la ni tak berapa pandai masak.. ngabiskan borah je!

Masakan paling simple kot aku rasa. Hehe nak masak yang lain tak pandai. Tapi tak jugak, sebenarnya bahan tak cukup tu. Rembat yang ada kat lam peti ais tu je.. Hehe..(aku pegi je kedai runcit pak cik comel tu tapi sebab da tengahari segala macam ayam, ikan, daging semua da abes) Tulah sape suruh lambat pegi kedai.  Aku beli tempe, budu, timun batang, telur ayam, minyak masak, roti keping dan sayur je tadi. Tadi beli sayur pe ek? aduyai sayur pun tak kenal..

Pape pun makan tengahari hari ini paling best.. hehe.. puji masakan sendiri nampak! Mestilah kan.. huhu tapi yang bestnya tuh sebab ada BUDU dan TEMPOYAK! Makanan feveret tuh!

Menu makan tengahari paling ringkas tapi sedap! he3

Tuesday 11 October 2011

Aku dan fesyen

Mula-mula balik dari kuliah tadi tetiba je teringin nak pakai selendang untuk kuliah ganti malam ni. Padahal, tak berapa pandai pun nak lilit-melilit selendang kat kepala tu. Waktu Hari Raya Aidilfitri hari tu pun, sis Jijah yang tolong pakaikan. Lau tak memang kempunan la nak bergaya di hari raya ngan selendang. Memang ketinggalan zaman betullah. Orang lain dah pakai bermacam jenis fesyen selendang. Konon-konon nak belajar pakai sendiri la ni tapi cari punya cari. Selongkar punya selongkar, baru perasan aku mana ada stok tudung awning, nak pakai selendang camna?  Satu-satunya tudung awning yang adik aku guna untuk pakaikan selendang di pagi hari raya yang bersejarah tu tak de la plak. Gamaknya tertinggal kat umah.

Tapi sadisnya lain benda yang dicari lain yang jumpa. Entah macam mana boleh plak terjumpa secebis kertas yang ada madah-madah puitis lagi jiwang lam kotak buku.

Kerana RINDU kau jadi MIMPIKU,
Kerana KASIH kau jadi IMPIANKU,
Kerana CINTA kau jadi MILIKKU,
Bila HATI dah kata SAYANG,
Siang malam wajahmu TERBAYANG..

Sejak bila la plak aku pandai bermadah puitis segala ni? Sengal! Tapi memang konfem tulisan aku. Agaknya masa tu jiwa aku tengah berkarat kerna asyik dilamun CINTA! hahaha. Agaknya penangan banyak sangat baca novel- novel melayu.

Rasanya kalau aku pakai selendang pergi kelas mau terbeliak biji mata budak-budak ni sebab tak percaya. Aku pakai tudung awning untuk pertama kalinya pergi kelas minggu lepas pun kawan aku siap bagi salam sebab ingat salah orang. Naik segan aku jadinya. Hurmmm... kolot sangat ke aku ni?

Agaknya yela kot sebab tu member aku dengan rela hatinya menawarkan diri untuk jadi 'pakar imej' aku. Wah, bangga juga rasanya ada orang prihatin dengan penampilanku. Huhu, tapi maaf la ye cik adik aku selesa dengan diri aku sendiri. Biarlah aku tak pandai pakai selendang atau berfesyen pakai tudung awning, asalkan tudung segi tiga yang aku pakai masih mampu menutup auratku.

Sunday 9 October 2011

Count On Me- Bruno Mars

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you