Get your own Digital Clock

Thursday 27 October 2011

Izinkanlah diriku

Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

( korus )

Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejahtera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

( ulang korus )

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman


Alkisahnya semalam teman budak-budak ni pegi karaoke kat Mercu Resort (tanpa kerelaan sebenarnya.. hoho.. bergeliga betul otak yang satu itu, pandai ek wat plan) dan dalam paksa rela diri ini terpaksa menyanyikan sebuah lagu untuk pertama kalinya setelah sekian lama budak-budak ni membodek nak dengar aku nyanyi.. hehehe, malu jek.

Maka atas permintaan ramai aku pun pilihlah satu lagu. Pada awalnya konon- konon nak nyanyi lagu Exist- Jesnita (tak reti pun nak nyanyi lagu ni sebenarnya, suka dengar je) tapi di saat-saat akhir, aku pun gatal tangan amik pensel dan tukar jadi lagu Singkong & Keju.. dengan yakinnya sebab aku selalu dengar adik sepupu aku nyanyi lagu ni dan liriknya agak mudah.

Akan tetapi, lidah aku jadi kelu sebab lagu sempoi itu tiba-tiba je bertukar jadi lagu ROCK.. sebabnya lagu tu kumpulan Khalifah nyanyi balik dalam versi rock.. adus! kena setempek kat muka terus aku senyap xtau nak nyanyi camne.. 

Lepas tu memang aku bantai gelak sambil control ayu.. hehe.. malu siot! Walau apa pun aku dan kawan-kawan tetap enjoy. Lagu penutup tu pun tak boleh dibelah.. tapi memang enjoy giler nyanyi lagu Memori Daun Pisang reramai! 
 
Dan dalam banyak-banyak lagu yang budak-budak ni nyanyi aku paling suka lagu yang kat atas tu.. Lagu Izinkan Selamanya Namamu Dihatiku.. sangat la jiwang! Balik rumah terus bukak lappy, online cari lagu tu kat 4shared. Memang semangat la aku!

Mr Takagi, izinkanlah selamanya namamu dihatiku.. izinkanlah aku untuk terus mencintaimu, menyayangimu, mengasihimu..

Saturday 22 October 2011

Chef Fasha in da house!

Hujung minggu yang cukup membosankan! Bestnya dorang, dapat balik rumah. But me? Terpaksa duduk kat rumah berdua je dengan kak Maz.. dan ditemani oleh cik mieow comel, Meymin.. ha3 padan muka Meymin dan kitaorang sebab kena tinggal! huhu.. kalaulah ada sayap ingin ku terbang pulang ke kampung yang tercinta berjumpa dengan keluarga yang tersayang... dan mungkin dapat jadi pengapit untuk Pak Uda yang bakal menamatkan zaman dudanya dengan insan pilihan.. ngehehe.. mana la tau kot2 dapat berkat...

Entah kenapalah minggu ni banyak sangat kerja yang perlu dibereskan? sia-sia je dapat cuti Deepavali & cuti Keputeraan Raja Pahang tapi tak boleh bersuka ria balik ke kampung halaman. sigh. si Iz pun satu kata nak datang rumah, nak buat tesis tapi bayang pun tak nampak agi. Penat je eden tunggu sehari suntuk, dia tak muncul2 agi. Mau kena bebel ni!

Oh, ya memandangkan hari ni cik tukang masak Diraja pergi bersukaria mencari gajet kat Kuala Lumpur, beta terpaksalah mencemarkan duli masuk ke dapur untuk memasak... hoho.. naseb baiklah ada jugak pengalaman kalo tak haru.. haha anak dara sapo la ni tak berapa pandai masak.. ngabiskan borah je!

Masakan paling simple kot aku rasa. Hehe nak masak yang lain tak pandai. Tapi tak jugak, sebenarnya bahan tak cukup tu. Rembat yang ada kat lam peti ais tu je.. Hehe..(aku pegi je kedai runcit pak cik comel tu tapi sebab da tengahari segala macam ayam, ikan, daging semua da abes) Tulah sape suruh lambat pegi kedai.  Aku beli tempe, budu, timun batang, telur ayam, minyak masak, roti keping dan sayur je tadi. Tadi beli sayur pe ek? aduyai sayur pun tak kenal..

Pape pun makan tengahari hari ini paling best.. hehe.. puji masakan sendiri nampak! Mestilah kan.. huhu tapi yang bestnya tuh sebab ada BUDU dan TEMPOYAK! Makanan feveret tuh!

Menu makan tengahari paling ringkas tapi sedap! he3

Tuesday 11 October 2011

Aku dan fesyen

Mula-mula balik dari kuliah tadi tetiba je teringin nak pakai selendang untuk kuliah ganti malam ni. Padahal, tak berapa pandai pun nak lilit-melilit selendang kat kepala tu. Waktu Hari Raya Aidilfitri hari tu pun, sis Jijah yang tolong pakaikan. Lau tak memang kempunan la nak bergaya di hari raya ngan selendang. Memang ketinggalan zaman betullah. Orang lain dah pakai bermacam jenis fesyen selendang. Konon-konon nak belajar pakai sendiri la ni tapi cari punya cari. Selongkar punya selongkar, baru perasan aku mana ada stok tudung awning, nak pakai selendang camna?  Satu-satunya tudung awning yang adik aku guna untuk pakaikan selendang di pagi hari raya yang bersejarah tu tak de la plak. Gamaknya tertinggal kat umah.

Tapi sadisnya lain benda yang dicari lain yang jumpa. Entah macam mana boleh plak terjumpa secebis kertas yang ada madah-madah puitis lagi jiwang lam kotak buku.

Kerana RINDU kau jadi MIMPIKU,
Kerana KASIH kau jadi IMPIANKU,
Kerana CINTA kau jadi MILIKKU,
Bila HATI dah kata SAYANG,
Siang malam wajahmu TERBAYANG..

Sejak bila la plak aku pandai bermadah puitis segala ni? Sengal! Tapi memang konfem tulisan aku. Agaknya masa tu jiwa aku tengah berkarat kerna asyik dilamun CINTA! hahaha. Agaknya penangan banyak sangat baca novel- novel melayu.

Rasanya kalau aku pakai selendang pergi kelas mau terbeliak biji mata budak-budak ni sebab tak percaya. Aku pakai tudung awning untuk pertama kalinya pergi kelas minggu lepas pun kawan aku siap bagi salam sebab ingat salah orang. Naik segan aku jadinya. Hurmmm... kolot sangat ke aku ni?

Agaknya yela kot sebab tu member aku dengan rela hatinya menawarkan diri untuk jadi 'pakar imej' aku. Wah, bangga juga rasanya ada orang prihatin dengan penampilanku. Huhu, tapi maaf la ye cik adik aku selesa dengan diri aku sendiri. Biarlah aku tak pandai pakai selendang atau berfesyen pakai tudung awning, asalkan tudung segi tiga yang aku pakai masih mampu menutup auratku.

Sunday 9 October 2011

Count On Me- Bruno Mars

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you