Get your own Digital Clock

Tuesday, 11 October 2011

Aku dan fesyen

Mula-mula balik dari kuliah tadi tetiba je teringin nak pakai selendang untuk kuliah ganti malam ni. Padahal, tak berapa pandai pun nak lilit-melilit selendang kat kepala tu. Waktu Hari Raya Aidilfitri hari tu pun, sis Jijah yang tolong pakaikan. Lau tak memang kempunan la nak bergaya di hari raya ngan selendang. Memang ketinggalan zaman betullah. Orang lain dah pakai bermacam jenis fesyen selendang. Konon-konon nak belajar pakai sendiri la ni tapi cari punya cari. Selongkar punya selongkar, baru perasan aku mana ada stok tudung awning, nak pakai selendang camna?  Satu-satunya tudung awning yang adik aku guna untuk pakaikan selendang di pagi hari raya yang bersejarah tu tak de la plak. Gamaknya tertinggal kat umah.

Tapi sadisnya lain benda yang dicari lain yang jumpa. Entah macam mana boleh plak terjumpa secebis kertas yang ada madah-madah puitis lagi jiwang lam kotak buku.

Kerana RINDU kau jadi MIMPIKU,
Kerana KASIH kau jadi IMPIANKU,
Kerana CINTA kau jadi MILIKKU,
Bila HATI dah kata SAYANG,
Siang malam wajahmu TERBAYANG..

Sejak bila la plak aku pandai bermadah puitis segala ni? Sengal! Tapi memang konfem tulisan aku. Agaknya masa tu jiwa aku tengah berkarat kerna asyik dilamun CINTA! hahaha. Agaknya penangan banyak sangat baca novel- novel melayu.

Rasanya kalau aku pakai selendang pergi kelas mau terbeliak biji mata budak-budak ni sebab tak percaya. Aku pakai tudung awning untuk pertama kalinya pergi kelas minggu lepas pun kawan aku siap bagi salam sebab ingat salah orang. Naik segan aku jadinya. Hurmmm... kolot sangat ke aku ni?

Agaknya yela kot sebab tu member aku dengan rela hatinya menawarkan diri untuk jadi 'pakar imej' aku. Wah, bangga juga rasanya ada orang prihatin dengan penampilanku. Huhu, tapi maaf la ye cik adik aku selesa dengan diri aku sendiri. Biarlah aku tak pandai pakai selendang atau berfesyen pakai tudung awning, asalkan tudung segi tiga yang aku pakai masih mampu menutup auratku.

No comments:

Post a Comment

Arigato! thanks for the comment/s