Get your own Digital Clock

Friday 29 June 2012

Mode: Sibuk

Assalamualaikum w.b.t.

Tak tau nak hapdet apa pe sebenarnya.. ha3.. saja.. tangan rasa gatal-gatal, mengada-ngada dan gedik nak update blog, buat hilang rasa bosan. Oh, bosan ke? Agak la.. Asyik dok hadap buku dan nota je mana tak bosan kan. Kena la wat selingan jap, usha-usha blog orang lain. Bace e-novel, perkara wajib yang memang x leh dilupakan.. huhuhuhu dah jadi tabiat. Asal dapat on9 je ringan je tangan bukak tab taip blogger dashboard. Tengok entri-entri blogger yang baru... berderet-deret, semua nak baca. Tak sedar diri tu tengah final exam. Tapi tulah dalam orang dok sibuk  menelaah buku pelajaran aku masih lagi bergelumang dengan report dan esemen yang tak sempat nak disiapkan sebabnya sem ni aku banyak giler kerja, kelas, esemen. Bayangkanlah, miggu terakhir kuliah je aku ada 8 test. Mahu tak tekanan aku sepanjang minggu lepas termasuklah minggu ni. Tak pernah seumur hidup aku belajar diploma dan degree, ada 3 test dalam masa sehari. Dua hari lak tu! Nah, sem ni aku dapat merasa ketegangan menjadi seorang student yang memang sangat power! Hampir-hampir aku hilang pedoman diri dan kewarasan. 

Yang kelakarnya sepanjang aku menjadi sibuk mengalahkan menteri tu aku menjadi seperti pelarian. Pakaian pun selekeh je, tak sempat nak berlawa-lawa, tudung pun main pakai je, berkiput-kiput, senget sana sini, baju pun berkedut.. tapi aku yang pandai lagi cerdik ni sempat lagi cover dengan pakai sweater besar gabak aku tu.. huhuhu jadi tak nampak sangat la kan aku pakai selekeh. Waktu tu jugak aku sekejap balik umah sekejap bermalam kat umah member sekelas aku. Muka pun tensen je, nak belek muka pun tak sempat. Agaknya dah bertambah garisan kedut di muka kau sebab asyik tekanan je. Tapi takpe cuti nanti buat la rawatan muka apa susah. hahahahaha, nanti rembat je telur ayam kampung kat dalam reben belakang umah tu pakai kat muka bagi tegang balik kulit muka.

Mudah-mudahan aku diberikan kekuatan mental dan fizikal olehNya untuk menghadapi ujian hidup ini. InsyaAllah... Ameen. Yelah kalo kita tak bersusah-susah sekarang, macam mana nak bersenang-senang kemudian kan? Kenalah berkorban sikit untuk memperolehi apa yang kita nak, ye tak. Harapnya sem ni dapat naikkan lagi pointer, dan kalo ada rezeki dapat dean list. Dah lama aku mengidam nak dapat dean list ni tapi x dapat-dapat mungkin bukan rezeki aku... dan mungkin aku tak cukup pandai dan bagus untuk dapat dean list tu. hmmmmm.... agaknya bila la ye~

No comments:

Post a Comment

Arigato! thanks for the comment/s