Beberapa hari lepas, iaitu pada 13 Disember 2011 genaplah umur aku 22 tahun. Hmm, macam tak percaya da 22 tahun rupanya aku bernafas di atas muka bumi ciptaan Allah ni. Terima kasih Allah sebab masih lagi beri peluang untuk hambaMu yang kerdil ni hidup sihat wal'afiat dari hari ke hari! Tengah malam tu (12/12/2011) ketika jarum mula menginjak ke pukul 12.01 tengah malam aku rasa sangat gembira sampai tak boleh nak tido. Kali terakhir aku tengok jam sebelum tido ialah pada pukul 2 pagi.
Pagi tu aku pergi kelas punyalah berseri-seri dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Rasa macam nak menjerit sekuat hati meluahkan perasaan, ingin sekali aku menyatakan betapa gembiranya aku pada hari itu. Ucapan yang diterima dari teman-teman menambahkan lagi kegembiraan dihati. Nak -nak lagi salah seorang dari kawan sekelas aku berkongsi tarikh lahir yang sama, kononnya kembar tak seiras yang lain mak lain bapak. huhuhuhu..
Tapi bila dah menginjak ke petang aku rasa makin layu dan layu. Sebabnya orang-orang yang aku sayangi melupakan aku. Ternyata mereka semua terlalu sibuk untuk mengingati satu tarikh yang amat bermakna bagi hidup aku. Mungkin bagi sesetengah orang ianya bukanlah sesuatu yang sangat penting tapi bagi seseorang seperti aku yang amat menghargai tarikh-tarikh bersejarah seperti itu sememangnya ianya merupakan sesuatu yang penting. Sekali setahun kot!
Kalau orang lain yang lupa aku masih boleh terima tapi keluarga tersayang yang melakukannya~ I hardly accept the fact that they forgot my birthday. How can every single of my family members forgot it? Everyone! not only Abah, Mama, Along but also my most loved one Jijie & Azizah! How could them! dah la tak ingat, masa orang tepon dorang tu punyalah sibuk sampai tak sempat cakap apa-apa dah nak letak ada kerja nak wat. Then ask me to call back? memang tak la kan! Sedih tau~
Lepas tu balik dari kuliah dalam hujan pula tuh! Memang teruk sangat.. Arghhh.. apalah nasib badan. Dahlah jauh nak menapak dari kelas nak ke perhentian van dan bas yang terletak kat depan balai pengawal tu. Tapi terpaksa juga redah hujan sebab dah lama sangat menunggu. Agaknya semalam semua pakcik-pakcik van balik ke rumah awal. Tunggu punya tunggu takde satu pun yang datang. Sampai rumah dekat pukul 7 kot tu pun nasib baik ada classmate yang sudi nak tumpangkan walaupun dia terpaksa patah balik sebab rumah aku jauh ke depan sikit dari rumah dia yang mana kalau diikutkan memang tak sehaluan pun.
Balik rumah instead of mandi dan makan malam, aku just tukar baju then melepak depan laptop membaca ucapan-ucapan kat wall post fb dengan harapan ada la kot2 si Jijie & Azizah tu post kat fb (kot2 la kan!) Tapi yang ada ucapan dari teman-teman je. urghhh, memang betulla 2 beradik tu tak ingat, sampai hati, limpa dan jantung dorang 2 tu~ sob sob sob.. dan disebabkan rasa kecewa yang amat sebab dilupakan aku terus tutup laptop, tutup suis lampu, naik katil, tarik mp3 dan pakai earfon, tarik selimut dan menangis dalam kegelapan dan berseorangan sebab dua-dua rumet aku pergi kelas malam.
Bangun keesokkannya baru aku perasan de mesej dari cik Azizah. Ok, fine aku dah tak marah kat dia lagi tapi geram sebab lambat wish. Dahlah tahun lepas buli aku dengan teruknya pada tarikh yang sama camni gak. Suka sangat permainkan aku dan menguji kesabaran aku yang tak setebal mana ni. Dan terasa sangat rugi sebab rupanya malam aku merajuk tu kawan aku yang sekarang ni menetap di New York bersama suami dan anak tercinta tu ada telefon untuk wish birthday tapi tak dapat sebab aku tido awal. Demmm... dahlah susah nak dapat panggilan dari orang jauh yang sorang~ bila dia nak call aku plak x angkat.
ksian fasha faris... Nath nak wish lah.. hepi belated-bufday to you... :)
ReplyDeletethanks Nath.. tapi siyes memang sedih bila famili sendiri lupa.. tapi nak wat camne da masing2 sibuk, dok jauh plak tuh~
ReplyDelete