Emm.... Dah lama giler rasanya aku tak tulis entri baru. Sebab apa ye?? Mungkin sebab aku ni memang jenis yang tak reti nak mengarang cerita. So, tak de la cerita... mungkin juga sebab malas... mungkin juga sebab tak tahu nak tulis apa. Hampir sebulan bercuti, banyak perkara yang terjadi sebenarnya.. ada suka dan ada juga yang duka. Tapi entahlah... setiap kali rasa nak menulis.. niat tu dengan sendiri terbatal sebab tak tahu nak mula kan camne.
Niat asal aku buat blog ni pun sebab aku suka blogwalking. Secara tak langsungnya, aku buat blog supaya senang nak jadi follower kepada blogger lain. Juga supaya senang nak dapatkan updates dari blog-blog yang telah aku ikuti. Senang, sebab updates akan muncul kat dashboard. Maka, mungkin sebab tu aku tak kisah sangat nak post something yang baru kat blog aku sendiri. Tak kisah la kan. Bukannya ada orang nak baca pun apa yang aku tulis. Cuma kadang-kadang tu aku tulis gak. Just, nak cukupkan syarat. Takdela kosong sangat blog ni. Hahahahahahahaha....
Agaknya boleh la kot, aku nak merapu apa pun. Emmm.. hari ni nak cakap pasal faveret food la... tak banyak pun. Sikit je. Few things that i love to eat bila balik kampung. Sebab bila balik kampung je dapat makan benda-benda ni. Nak tau ape?
Yang ni nama dia gulai lemak siput sedut! |
Hok ni plop, ore klate panggil etok salai! |
Dua benda ni, aku sangat suka makan. Siput tu biasanya, mama aku kutip kat sawah padi belakang rumah kami. Sedap... Yummy yummy.. yang bestnya pasal siput ni, kita kena sedut dia dulu baru la boleh makan... so sape- sape yang tak reti nak sedut tu tak dapek la nak nolongnye hah.. pandai-pandai la. ye. Yang etok salai tu plak, beli kat Pasar Isnin, ore Klate beso panggil pasar senna... Senna tu hari Isnin la~ so time balik Klate je la aku boleh make benda-benda ni. Kat Pahang tak dok kot... Tok ajin jupo agi stakat ni kat pasa male ko pasa rabu ko pasa tani ko... meme tak dok jual kot sini.
Sekian untuk bulan ni.. hehehe.. agok2 kalo FF rajin adolah entri hok baru...
waaa, terliur tengok gulai lemak siput sedut tu... slurppp! sedapnya... tiba2 rasa lapar... hehe favret saya gak tu. Kalau yang pedas lagilah mau tak tido malam kalau tak dapat... hoho
ReplyDelete