Get your own Digital Clock

Saturday, 21 January 2012

Pandai sangat kan...

Aduyai.. cuak kejap aku semuanya gara-gara memory stick PRO DUO camera Sony aku tuh melekat kat port SD.MS/Pro.MMC.XD.  Haa pandai sangat kan nak gi cucuk kat situ. Dah tau memory stick tu kecik je tak padan ngan saiz port tuh yang boleh tahan gak besarnya. Semata-mata dah tak sabar kan nak copy gambar lam memory tuh. Pengajaran ye len kali jangan sepahkan charger merata-rata pastu mula la tertinggal kat kampung. Then nak cas bateri pun tak leh = tak leh bukak kamera = tak leh connect USB kat lappy = tak leh copy gambar

Alternative len tu la, pakai memory stick. Tapi serik dah lepas ni tak nak dah cucuk kat port tu. Tak pasal-pasal nanti susah nak keluarkan. Lau degil gak nak transfer pakai memory stick, sila guna memory card reader ye cik adik. Langkah keselamatan la tuh. hehehehe..  Beria plak kan aku nak transfer gambar.. hehehe.. nak tau kenapa? Sebabnya final exam dah habis.. Yeahhhh... MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sebab tuh la.. dah habis final kan maka rajin ler nak letak status baru kat fb... tu yang sibuk nak copy gambar sebab nak upload kat fb.. Suka mak... nyah dah nak cuti. .Lepas ni boleh la berfoya-foya.. kihkihkih.. Suka-suki je barang tak kemas agi.. pastu mula la kalut menyimpan barang..  Ohoho.. tak sabar nak balik kampung.. jumpa mama, abah, adik-adik, sepupu sepapat, pak mak sedara, nenek, atuk.. yeke? bukan excited  nak jumpa **** ke??

+dia cuti gak ke eh? tapi Chinese New Year kan tak lama ag... cuti la kot...??

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi, kerana memberikan kekuatan dan kesabaran pada diri ini dalam menghabiskan pengajian bagi semester ini. Banyak benda baru aku pelajari dan sedar tak sedar hampir setahun juga aku mengharungi hidup sebagai seorang pelajar dalam suasana baru. Tinggal di rumah sewa mengajar aku erti persahabatan, tanggungjawab, ambil berat, kerjasama, toleransi, kesabaran dan banyak lagi. Sedikit sebanyak pengalaman tersebut mematangkan diri ini dan aku belajar memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Tak lupa juga berani mengakui kesalahan sendiri. 

Pernah dengar tak orang cakap kalau lah kan  kita gaduh ke ada salah faham ke atau ada seseorang ni buat salah kat kita.. lebih kurang la tolak campur darab bahagi..... kita tak patut pandang satu kesalahan yang dia buat tu tapi kita kena tengok juga kebaikan yang pernah dia buat.. kiranya jangan sebab satu kesalahan yang dia buat tu kita putus kawan atau bermasam muka dengan kawan kita tuh sedangkan dulu dia lah sahabat kita.. ok..  understood?

P/s: makin lama tulis makin lari dari topik.. huhu... choww dulu la.. adios amigos..

Tuesday, 17 January 2012

C.I.N.T.A. is L.O.V.E.

One should LOVE you the way you are,
Not the way he/she wants you to be,
If someone tries to change you,
Then it's not love but a COMPROMISE,
And darling, one doesn't compromise in love~

Thursday, 12 January 2012

Maafkan aku

Maaf.. aku tidak suka didesak... Maaf.. aku tidak suka dipaksa-paksa.. Maaf.. aku benci bila didesak... Maaf.. aku benci bila rasa terpaksa.. Maaf.. aku memang begini.. Maaf.. aku tidak sempurna.. Maaf.. jika aku berdiam diri bukan bermakna aku bisu... tapi kerna aku tidak mahu mengeluarkan kata2 yang boleh mengguriskan hati... Maka, jika aku diam bisu tanpa bicara sedarlah ada sesuatu yang... Biarkan aku... berikan aku waktu untuk menenangkan fikiranku... Biarkan aku sendirian untuk seketika.. Jangan desak aku.. kerna aku tidak menyukainya... Jangan dan jangan menyoal aku berkali-kali tentang perkara yang sama...

Dan bila aku janjikan sesuatu jangan ditanyakan kepastiannya berulangkali.. kerna aku terasa seolah-olah kamu tidak mempercayaiku... Dan bila aku tidak membalas mesej dan panggilan biarkan aku....... kerna aku tidak suka didesak dengan panggilan berulang-ulang kali.... Sedarlah jika aku tidak menerima panggilan itu pada panggilan kedua maka sememangnya aku tidak berniat pun nak terima panggilan itu dan bercakap apa-apa.. Dan aku tidak suka melakukan sesuatu yang tanpa kerelaanku...



Saturday, 31 December 2011

Our little Sarah

  
Miss Sarah so much!!!          




Malam ni aku nak cerita pasal this  little Sarah. Rindu sangat kat dia! Only if I have wings to fly and reach her. Hummm.. siapa Sarah? Actually Sarah is neither my little sister nor my niece but.. she is my nephew. Yup! she is my aunt' s daughter. First daughter in fact. She was born three days before my aunt' s wedding anniversary. Of course, she is the BEST gift ever for the special day.  Her birthday is on 14 June 2011. This cute baby's full name is Nur Aqilah Maisarah binti  Nashrol.

My aunt, mak sue called her Aqilah but for me I'd prefer to call her Sarah. Why? Well, there is no reason for sure but I just loved to call her  Sarah since I think it suit her well. Sarah sounded nicer than Aqilah. Don't you think so? whatever it is she is my little Sarah. Oh, she is so chubby and healthy.. geramnya nak kiss her cheeks. Rasa cam nak cubit-cubit je. Now, she is about six month years old +++ with the weight of about 9 kg. 

Sarah waktu baru lahir.. few weeks..

about a month year old



Fact about Sarah is she looks alike my uncle, Ayah su. Well, she's totally inherit her dad' genes. The only one similarity with her mom is the gender.. hahahaha.. because they are both girl. The rest is like her dad.  Like father like daughter! Obviously, people who see her would think that she's a baby boy not a baby girl. It is true! hehehehehehe...

But just like my mama told, babies faces would change from time to time. Now, she looks more like a girl should be! I really love to see her in pink! Typical color for a girl huh... ?

Sarah yang suka hisap jari~

Sarah with her muncung itik (Azizah told so)

Sarah and my sis, Jijie

Kesian kat Sarah.. abang2 sepupu nya punya la hepi~
Sarah ni seorang budak yang sangat baik... jarang sangat dapat dengar dia menangis. Paling tidak pun dia merengek je sebab bosan. Sebab dia tidak cerewat maka Sarah ni sangat senang untuk dijaga, tak banyak karenah. Sejuk perut ibu dia mengandung. huhu... Oh ya, walaupun mak su aku sibuk bekerja, salah seorang pegawai polis tapi she still got time to pump milk for Sarah (fully breastfeeding). Opps.. my aunt tu memang la pegawai polis tapi dia kerja lam office je... not the one yang kejar-kejar orang jahat tuh.. hehehe... 

Bertuahkan Sarah sebab dapat minum susu ibu yang the best in the world.. berkhasiat pula tu dibandingkan dengan susu lembu yang banyak terdapat di pasaran tu. Maka tak hairan la si kecil tu membesar dengan sihat dan kuat! Badan pun macam dipam-pam bukan main lagi 'semangat' sampai nak dukung lama-lama pun tak larat sebab berat sangat.. huhuhu.. Sarah cepat-cepat besar ye nati boleh main kejar-kejar ngan angah.

Wednesday, 28 December 2011

Yeah, i'd loved to do it!

Have you ever heard about procrastination? what do you understand about that? well, as far as I'm concerned it is an act or habit of procrastinating, or putting off or delaying something that requiring immediate attention. Means that you keep delaying your work, which meant you would prefer to do it at the very last minute.

I admit that I do have this habit. Well, FYI... every time I found the works were hard to do I will stop doing it and keep delaying.  For instance I would rather doing some thing that I'd loved to do more than finish up my homework which I found it is very difficult to do so..

What am I blabbering about actually? does anybody can tell me? Of course there is no good for me to procrastinate my homework but I just love it.. ha3... to think it wisely it is really not a good habit... I want change it. When? yeah, that day will come sooner or later.

Sunday, 18 December 2011

Mari belajar menaip bersama cik hp

Rasa macam budak tadika yang baru belajar mengeja perkataan! Itulah yang aku rasa bila jari jemari ni mula menari ala-ala sway untuk menyudahkan 3 helai skrip untuk drama arab. Susahnya ya ampun! terpaksa mengeja huruf sebijik-sebijik! Namun demi ustaz Arab 'tercinta' digagahi juga untuk menaip walaupun sangat slow macam kura-kura

Pengalaman pertama menaip dalam bahasa Arab~ walaupun pada mulanya berat hati nak menampal sticker huruf Arab pada keyboard cik hp namun terpaksa juga merelakannya sebab ana akan menggunakannya untuk jangkamasa yang agak lama. Tiga sem berturut-turut kot!

Inilah hasilnya.. taddaaaa!!!!!!

cik hp yg telah di'make over'... cantik kan?

closer up




Untuk guna tulisan arab ni tak payah download softwater ke ape, just tukar kat language amik  Arabic (Saudi Arabia) dan untuk letak baris plak, mula-mula tekan shift dulu pastu baru tekan:

Q = baris atas, ex: بَ
W = baris 2 di atas, ex:  ًب
E = baris depan, ex: بُ
R = baris 2 depan, ex: بٌ
A = baris bawah, ex: بِ
S = baris 2 bawah, ex: بٍ
X = baris mati, ex: بْ
~ = tanda sabdu, ex: بّ


Agak-agak lepas ni kalo kena taip lam bahasa Arab lagi, boleh taip dengan laju tak eh?

Thursday, 15 December 2011

The worst in the history of 22 years!

Beberapa hari lepas, iaitu pada 13 Disember 2011 genaplah umur aku 22 tahun. Hmm, macam tak percaya da 22 tahun rupanya aku bernafas di atas muka bumi ciptaan Allah ni. Terima kasih Allah sebab masih lagi beri peluang untuk hambaMu yang kerdil ni hidup sihat wal'afiat dari hari ke hari! Tengah malam tu (12/12/2011) ketika jarum mula menginjak ke pukul 12.01 tengah malam aku rasa sangat gembira sampai tak boleh nak tido. Kali terakhir aku tengok jam sebelum tido ialah pada pukul 2 pagi.  
 
Pagi tu aku pergi kelas punyalah berseri-seri dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Rasa macam nak menjerit sekuat hati meluahkan perasaan, ingin sekali aku menyatakan betapa gembiranya aku pada hari itu.  Ucapan yang diterima dari teman-teman menambahkan lagi kegembiraan dihati. Nak -nak lagi salah seorang dari kawan sekelas aku berkongsi tarikh lahir yang sama, kononnya kembar tak seiras yang lain mak lain bapak. huhuhuhu.. 

Tapi bila dah menginjak ke petang aku rasa makin layu dan layu. Sebabnya orang-orang yang aku sayangi melupakan aku. Ternyata mereka semua terlalu sibuk untuk mengingati satu tarikh yang amat bermakna bagi hidup aku. Mungkin bagi sesetengah orang ianya bukanlah sesuatu yang sangat penting tapi bagi seseorang seperti aku yang amat menghargai tarikh-tarikh bersejarah seperti itu sememangnya ianya merupakan sesuatu yang penting. Sekali setahun kot!

Kalau orang lain yang lupa aku masih boleh terima tapi keluarga tersayang yang melakukannya~ I hardly accept the fact that they forgot my birthday. How can every single of my family members forgot it? Everyone! not only Abah, Mama, Along but also my most loved one Jijie & Azizah! How could them! dah la tak ingat, masa orang tepon dorang tu punyalah sibuk sampai tak sempat cakap apa-apa dah nak letak ada kerja nak wat.  Then ask me to call back? memang tak la kan! Sedih tau~

Lepas tu balik dari kuliah dalam hujan pula tuh! Memang teruk sangat.. Arghhh.. apalah nasib badan. Dahlah jauh nak menapak dari kelas nak ke perhentian van dan bas yang terletak kat depan balai pengawal tu. Tapi terpaksa juga redah hujan sebab dah lama sangat menunggu.  Agaknya semalam semua pakcik-pakcik van balik ke rumah awal. Tunggu punya tunggu takde satu pun yang datang. Sampai rumah dekat pukul 7 kot tu pun nasib baik ada classmate yang sudi nak tumpangkan walaupun dia terpaksa patah balik sebab rumah aku jauh ke depan sikit dari rumah dia yang mana kalau diikutkan memang tak sehaluan pun. 

Balik rumah instead of mandi dan makan malam, aku just tukar baju then melepak depan laptop membaca  ucapan-ucapan kat wall post fb dengan harapan ada la kot2 si Jijie & Azizah tu post kat fb (kot2 la kan!) Tapi yang ada ucapan dari teman-teman je. urghhh, memang betulla 2 beradik tu tak ingat, sampai hati, limpa dan jantung dorang 2 tu~ sob sob sob.. dan disebabkan rasa kecewa yang amat sebab dilupakan aku terus tutup laptop, tutup suis lampu, naik katil, tarik mp3 dan pakai earfon, tarik selimut dan menangis dalam kegelapan dan berseorangan sebab dua-dua rumet aku pergi kelas malam. 

Bangun keesokkannya baru aku perasan de mesej dari cik Azizah. Ok, fine aku dah tak marah kat dia lagi tapi geram sebab lambat wish. Dahlah tahun lepas buli aku dengan teruknya pada tarikh yang sama camni gak. Suka sangat permainkan aku dan menguji kesabaran aku yang tak setebal mana ni.  Dan terasa sangat rugi sebab rupanya malam aku merajuk tu kawan aku yang sekarang ni menetap di New York bersama suami dan anak tercinta tu ada telefon untuk wish birthday tapi tak dapat sebab aku tido awal. Demmm... dahlah susah nak dapat panggilan dari orang jauh yang sorang~ bila dia nak call aku plak x angkat.