Get your own Digital Clock

Saturday, 21 January 2012

Pandai sangat kan...

Aduyai.. cuak kejap aku semuanya gara-gara memory stick PRO DUO camera Sony aku tuh melekat kat port SD.MS/Pro.MMC.XD.  Haa pandai sangat kan nak gi cucuk kat situ. Dah tau memory stick tu kecik je tak padan ngan saiz port tuh yang boleh tahan gak besarnya. Semata-mata dah tak sabar kan nak copy gambar lam memory tuh. Pengajaran ye len kali jangan sepahkan charger merata-rata pastu mula la tertinggal kat kampung. Then nak cas bateri pun tak leh = tak leh bukak kamera = tak leh connect USB kat lappy = tak leh copy gambar

Alternative len tu la, pakai memory stick. Tapi serik dah lepas ni tak nak dah cucuk kat port tu. Tak pasal-pasal nanti susah nak keluarkan. Lau degil gak nak transfer pakai memory stick, sila guna memory card reader ye cik adik. Langkah keselamatan la tuh. hehehehe..  Beria plak kan aku nak transfer gambar.. hehehe.. nak tau kenapa? Sebabnya final exam dah habis.. Yeahhhh... MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sebab tuh la.. dah habis final kan maka rajin ler nak letak status baru kat fb... tu yang sibuk nak copy gambar sebab nak upload kat fb.. Suka mak... nyah dah nak cuti. .Lepas ni boleh la berfoya-foya.. kihkihkih.. Suka-suki je barang tak kemas agi.. pastu mula la kalut menyimpan barang..  Ohoho.. tak sabar nak balik kampung.. jumpa mama, abah, adik-adik, sepupu sepapat, pak mak sedara, nenek, atuk.. yeke? bukan excited  nak jumpa **** ke??

+dia cuti gak ke eh? tapi Chinese New Year kan tak lama ag... cuti la kot...??

Apa-apa pun syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi, kerana memberikan kekuatan dan kesabaran pada diri ini dalam menghabiskan pengajian bagi semester ini. Banyak benda baru aku pelajari dan sedar tak sedar hampir setahun juga aku mengharungi hidup sebagai seorang pelajar dalam suasana baru. Tinggal di rumah sewa mengajar aku erti persahabatan, tanggungjawab, ambil berat, kerjasama, toleransi, kesabaran dan banyak lagi. Sedikit sebanyak pengalaman tersebut mematangkan diri ini dan aku belajar memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Tak lupa juga berani mengakui kesalahan sendiri. 

Pernah dengar tak orang cakap kalau lah kan  kita gaduh ke ada salah faham ke atau ada seseorang ni buat salah kat kita.. lebih kurang la tolak campur darab bahagi..... kita tak patut pandang satu kesalahan yang dia buat tu tapi kita kena tengok juga kebaikan yang pernah dia buat.. kiranya jangan sebab satu kesalahan yang dia buat tu kita putus kawan atau bermasam muka dengan kawan kita tuh sedangkan dulu dia lah sahabat kita.. ok..  understood?

P/s: makin lama tulis makin lari dari topik.. huhu... choww dulu la.. adios amigos..

Tuesday, 17 January 2012

C.I.N.T.A. is L.O.V.E.

One should LOVE you the way you are,
Not the way he/she wants you to be,
If someone tries to change you,
Then it's not love but a COMPROMISE,
And darling, one doesn't compromise in love~

Thursday, 12 January 2012

Maafkan aku

Maaf.. aku tidak suka didesak... Maaf.. aku tidak suka dipaksa-paksa.. Maaf.. aku benci bila didesak... Maaf.. aku benci bila rasa terpaksa.. Maaf.. aku memang begini.. Maaf.. aku tidak sempurna.. Maaf.. jika aku berdiam diri bukan bermakna aku bisu... tapi kerna aku tidak mahu mengeluarkan kata2 yang boleh mengguriskan hati... Maka, jika aku diam bisu tanpa bicara sedarlah ada sesuatu yang... Biarkan aku... berikan aku waktu untuk menenangkan fikiranku... Biarkan aku sendirian untuk seketika.. Jangan desak aku.. kerna aku tidak menyukainya... Jangan dan jangan menyoal aku berkali-kali tentang perkara yang sama...

Dan bila aku janjikan sesuatu jangan ditanyakan kepastiannya berulangkali.. kerna aku terasa seolah-olah kamu tidak mempercayaiku... Dan bila aku tidak membalas mesej dan panggilan biarkan aku....... kerna aku tidak suka didesak dengan panggilan berulang-ulang kali.... Sedarlah jika aku tidak menerima panggilan itu pada panggilan kedua maka sememangnya aku tidak berniat pun nak terima panggilan itu dan bercakap apa-apa.. Dan aku tidak suka melakukan sesuatu yang tanpa kerelaanku...