Get your own Digital Clock

Monday 2 April 2012

Muslimat Comot, Muslimin Selekeh

 Assalamualaikum w.b.t. Bismillahirrahmanirrahim. Ehem.. ehem.. Pagi ni aku bukanlah nak bagi ceramah ke apa. *tak layak pun nak bagi ceramah kat orang. Cuma untuk berkongsi sesuatu yang aku rasa agak penting dengan kawan2 semua. Erkkk.. tetibe tersedar, ada ke orang yang baca ni? hehehe.. tak pe, kita buat2 macam ada eh.

Berbalik kepada topik asal, hari ni aku nak bercakap pasal soal kebersihan. Ye kebersihan... diulangi sekali lagi pasal KEBERSIHAN. Kenapa? Terdapat dalil naqli yang menyatakan bahawasanya Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 11 yang bermaksud:  "Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan  kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya"

Firman Allah SWT dalam surah Al-Muddatstsir, ayat 4-5 juga yang bermaksud: "Dan pakaianmu sucikanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah" berkaitan dengan kebersihan iaitu pakaian. 

Disebutkan juga dalam surah  Al- A'raf ayat 31, yang mana Allah SWT memerintahkan kepada kita: "Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid". 

Selain itu, menjaga kebersihan diri juga merupakan sesuatu yang disukai oleh Allah SWT, sebagaimana ada dinyatakan dalam hadis Rasulullah: seseorang bertanya, "bagaimana tentang seseorang yang suka mengenakan pakaian dan sepatu yang indah-indah?" lalu Baginda menjawab, "semua ciptaan Allah SWT adalah indah dan Dia menyukai keindahan". 

Oleh itu, sama-samalah kita jaga kebersihan ye kawan-kawan. Kalau kita comot, busuk, pakai selekeh orang pun rasa selesa nak berkawan dengan kita kan? Nak nak lagi kalau kita buka mulut sikit je dah terkeluar 'haruman' bau mulut. Kadang-kadang tu, kawan kita nak tegur pun rasa tak sampai hati, takut kita ni terasa. Alih-alih kawan kita tu tahan je lah nafas waktu kita bercakap. Kesian kat kawan kita. Lama-lama boleh jadi semput, tak cukup oksigen.

Bau badan pun camtu gak, silalah titikberatkan. Pakailah pewangi ketiak atau bahasa sopan dia deodorant. Bukanlah mahal mana pun, kat pasaran tu ada macam-macam jenis, bentuk, haruman. Pilih je nak yang macam mana, yang sembur, yang golek2, yang jenis stick. Kalau macam Miss FF ni memang tak leh pakai deodorant, nanti gatal-gatal dan melepuh, alergik dengan bahan kimia yang ada dalam tu. So, FF akan pastikan badan akan wangi dengan bedak Carrie Junior baby powder, groovy grapeberry yang berbau harum dan digemari ramai, hehehehe seisi rumah pakai bedak ni. 

Pakaian pun sama, macam baju yang kita pakai tu, biarlah bergosok dan tak berkedut seribu macam nenek kebayan. Memang la logiknya baju yang kita gosok tu akan berkedut gak bila dah pakai lama-lama, dan mungkin kita akan rasa buat penat je aku gosok baju ni tapi berkedut gak! Ish ish cik Kiah, kita tak leh ler pikir lagu tu... baju yang dah gosok dan kemudiannya berkedut tu lagi elok daripada kita pakai pakaian yang memang tak digosok langsung dan ada seribu kedutan padanya. Kita ni kenalah pakai comel2, barulah sejuk mata orang memandang. Lagipun, kalau kita tak gosok baju tu nampak sangat lah yang kita ni pemalas. Ya ampun ibu2, bapak2, semua yang ada di sini.. kita nak ke kalau orang cakap kita ni pemalas, comot dan selekeh? 

Oklah, kat bawah tu ada link satu artikel yang ingin dikongsikan bersama. Sudilah baca ye. 
Muslimat Comot, Muslimin Selekeh | iluvislam.com discover the beauty of islam

April Fool

Ape ye sebenar2 nye pengertian April Fool ni? Ada sape2 yang tau... dari mana datangnya.... sejarah dan asal usul mende ni? Aku tak berapa 'berilmu' aka tahu sangat pasal mende ni tapi dari apa yang aku tengok dan perhati... hari April fool ni orang biasanya akan mengenakan sesiapa/ menipu/ memperbodohkan/ apa2 je lah yang boleh menyebabkan orang rasa tertipu mungkin... rasa marah.. sakit hati.. sedih.. kecewa.. apa2 je la... Errkkk... apa yang aku cuba sampaikan ni sebenarnye???? 

Ntahla labu... yang aku tahu aku TAK SUKA kalo ada orang main2 kan aku time bulan April ni dan tiba2 cakap April Fool! April Fool kunun... mahu makan pelempang... hehehe tapi setakat ni tak pernah lagi la terkena... Setahu aku berdosa tau kalo kita sambut April Fool ni.. sama macam kalau kita sambut Valentine's Day tu.. Ye ke? tak pasti la pulak... Hmmm sebab tak tau sangat kan.... apalagi masa ni lah nak guna segala kemudahan yang ada.... google ler.. search pasal April Fool... 

Hmmm... what do i get? April Fool ni rupanya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan iaitu sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Untuk keterangan lebih lanjut bacalah ye kat sini... 

<a href="http://mykhilafah.com/artikel/1291-april-fool-mengungkap-tragedi-penyembelihan-umat-islam-sepanyol#.T3iRyxkip90.blogger">April Fool – Mengungkap Tragedi Penyembelihan Umat Islam Sepanyol</a>

Dan kalo ditanya pasal hukum, aku rasa beberapa potongan hadis yang aku copy paste dari web Darul Ulum ni boleh membantu...

Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Sumber dari laman web http://darululumonline.wordpress.com/2011/04/01/fatwa-dan-hukum-menyambut-april-fool/

Kalo tanya pendapat aku, secara personally pun aku rasa perbuatan menipu walaupun dengan niat bergurau ni memang tak patut lah. Boleh mendatangkan mudarat pada orang lain. Lagipun menipu tu kan ditegah dalam Islam. So memang sangat tak patut lah. Hari ni pun aku secara tak langsung dah terkena. Tapi nasib baik lah benda yang ditipu tu bukanlah sesuatu yang boleh memudaratkan... Alkisahnya, kakak ipar kepada kawan aku telah selamat melahirkan. Si abang tu pun beria lah post kat fb pagi tadi cakap dapat anak kembar, lelaki dan perempuan... kawan aku pun rasa teruja dan sangat gembira. Aku pun tak ketinggalan ikut rasa gembira dan excited..

Tup tup..petang tu dia cakap gurau je... April Fool... sebenarnya dia dapat anak lelaki dan bukan kembar. Memang tak terkata la kan. Ntah apa2 je.. dah jadi bapa budak tapi boleh lagi nak main2... April Fool la sangat.. tak payah la nak ikut sangat budaya yang tak tentu hala ni... kan kawan2..

p/s: tak reti la nak letak link camne.. huhuhuhu...