Get your own Digital Clock

Sunday 25 March 2012

Aku Adalah Aku - Menjadi Diriku

Eh.. eh.... 'terhapdate' entri baru plak.. huhuhuhuhu.. tetibe je kan terlebih rajin petang ni nak tulis entri baru. Bukan apa tengah dok sedap on9 tadi terjumpa plak video nih.. comel plak... tu yang sesaje je nak share. hehehehehehe... dulu-dulu dah pernah dengar lagu ni. Boleh dikatakan, lagu nyanyian kumpulan Edcoustic ni merupakan antara lagu nasyid yang aku suka. Dulu-dulu juga lagu ni lah yang aku dok ulang dengar lam mp3... tapi sekarang bagai kacang lupakan kulit, aku dah tak dengar sangat dah lagu-lagu nasyid nih.

Kalo dulu, selalu layan lagu kumpulan Nice, UNIC, Edcoustic, Tashiru, Maher Zain, De Hearty, In Team, Haddad Alwi, Devotees, Mestica, Hijjaz, Firdaus, Far East, Opick. Tapi sekarang dah pandai dah layan lagu Super Junior, SNDS aka Girl's Generation, Beast, Sweet Sorrow, 2NE1, Kara dll. Adeh, hebat betul kan penangan lagu kpop pada diri aku ni. Ish ish... 

Tapi takpe, lepas ni dah tak buat dah camtu. hehehehe... Meh kita sama-sama membersihkan telinga yang dah berkerak nih dengan lagu-lagu nasyid yang banyak menyampaikan mesej-mesej dan nilai-nilai yang suci lagi murni! Jom layan lagu Edcoustic ni dulu... Zasssssss!!!!

Ntah ler~

Emm.... Dah lama giler rasanya aku tak tulis entri baru. Sebab apa ye?? Mungkin sebab aku ni memang jenis yang tak reti nak mengarang cerita. So, tak de la cerita... mungkin juga sebab malas... mungkin juga sebab tak tahu nak tulis apa. Hampir sebulan bercuti, banyak perkara yang terjadi sebenarnya.. ada suka dan ada juga yang duka. Tapi entahlah... setiap kali rasa nak menulis.. niat tu dengan sendiri terbatal sebab tak tahu nak mula kan camne.

Niat asal aku buat blog ni pun sebab aku suka blogwalking. Secara tak langsungnya, aku buat blog supaya senang nak jadi follower kepada blogger lain. Juga supaya senang nak dapatkan updates dari blog-blog yang telah aku ikuti. Senang, sebab updates akan muncul kat dashboard. Maka, mungkin sebab tu aku tak kisah sangat nak post something yang baru kat blog aku sendiri. Tak kisah la kan. Bukannya ada orang nak baca pun apa yang aku tulis. Cuma kadang-kadang tu aku tulis gak. Just, nak cukupkan syarat. Takdela kosong sangat blog ni. Hahahahahahahaha.... 

Agaknya boleh la kot, aku nak merapu apa pun. Emmm.. hari ni nak cakap pasal faveret food la... tak banyak pun. Sikit je. Few things that i love to eat bila balik kampung. Sebab bila balik kampung je dapat makan benda-benda ni. Nak tau ape?


Yang ni nama dia gulai lemak siput sedut!

  
Hok ni plop, ore klate panggil etok salai!



Dua benda ni, aku sangat suka makan. Siput tu biasanya, mama aku kutip kat sawah padi belakang rumah kami. Sedap... Yummy yummy.. yang bestnya pasal siput ni, kita kena sedut dia dulu baru la boleh makan... so sape- sape yang tak reti nak sedut tu tak dapek la nak nolongnye hah.. pandai-pandai la. ye. Yang etok salai tu plak, beli kat Pasar Isnin, ore Klate beso panggil pasar senna... Senna tu hari Isnin la~ so time balik Klate je la aku boleh make benda-benda ni. Kat Pahang tak dok kot... Tok ajin jupo agi stakat ni kat pasa male ko pasa rabu ko pasa tani ko... meme tak dok jual kot sini. 

Sekian untuk bulan ni.. hehehe.. agok2 kalo FF rajin adolah entri hok baru...