Get your own Digital Clock

Sunday 3 June 2012

Kahwin dan Cuti

Assalamualaikum w.b.t

Cuti begitu sinonim kan dengan kerja kahwin? Undangan sini sana tapi tak semua dihadiri. Aku adalah antara orang yang tidak suka pergi ke kenduri kahwin melainkan majlis kahwin saudara-mara dan teman yang rapat. Bukannya apa aku ni agak penyegan orangnya jadi tak berapa selesa kalau nak pergi ke tempat yang penuh sesak dan ramai orang sama seperti keadaan di pasar malam yang 'havoc' gitu. Terasa segan jika menjadi tontonan orang. HAHAHAHAHA. Betapa perasannya diri ini macam la ada orang nak tengok kan.... Mengada je lebih.

Tapi serius, aku jarang pergi kenduri kahwin kalau tidak ditemani rakan taulan ataupun adik-adik. Segan weh pergi sorang-sorang tak tau nak bawa diri camna kat umah orang. Pernah dulu aku memenuhi jemputan seorang teman yang agak rapat, yang mana kakak dia kahwin pada hari tersebut. Aku pergi seorang diri dan dibiarkan terkapai-kapai, dengan aku tak kenal sesiapa melainkan kawan aku tu. Aku rasa menyesal giler pergi majlis tu sebab aku terpaksa dok sengsorang bila kawan aku sibuk jadi tukang bagi door gift dan melayan tetamu. Dahlah member yang sama kelas atau satu sekolah takde sorang pun yang datang, yelah budak sekolah kot mana nak pergi kenduri sangat.

Itu merupakan kali pertama dan terakhir aku pergi kenduri kahwin seorang diri. I'm ended up going back to my home without eating the 'nasi minyak' and frustrated sebab tak dihiraukan! Waktu tu aku tak la kisah sangat pasal makan tu sebab aku dah kenyang, huhuhuhu tapi ada rasa kecewa la sebab bagi aku kalau kawan aku tu sibuk dan tak ada masa nak teman aku kat majlis tu tak jemput pun takpelah. Lainlah kalau ada kawan kiteorang yang datang, bolehla aku buat teman. Tau ajelah kenduri kahwin penuh ngan mak cik- mak cik dan pak cik-pak cik.

Oh ya, cuti kali ini pun ramai orang yang aku kenal dah kahwin; anak tok sedara, jiran sekampung dan paling tidak aku sangka sepupu aku sendiri. Sungguh aku tak sangka secepat itu jodoh sepupuku Lina sampai. Aku tumpang gembira bagi pihak dia dan suami dan semoga mereka berbahagia ke anak cucu. Serius aku terkejut masa dapat tahu yang dia telah selamat menjadi isteri orang pada 01/06/2012 yang lepas. Langkah bendul budak ni, kakak dia baru berumur 22 tahun iaitu muda setahun daripada aku. Asalnya nak bertunang tapi dah jodohkan terus nikah. Tapi tulah sebab tak rancang dari awal, so tak dapat lah aku balik ke kampung dan menghadiri majlis akad nikah dan kenduri kesyukuran beliau. Takpelah insyaAllah nanti bolehlah aku berkenalan dengan sepupu baru kami~

1 comment:

  1. doa2 kan la akak kawin ye...calon xde ni..camne?...hehehe..

    ReplyDelete

Arigato! thanks for the comment/s