Get your own Digital Clock

Monday 2 April 2012

Muslimat Comot, Muslimin Selekeh

 Assalamualaikum w.b.t. Bismillahirrahmanirrahim. Ehem.. ehem.. Pagi ni aku bukanlah nak bagi ceramah ke apa. *tak layak pun nak bagi ceramah kat orang. Cuma untuk berkongsi sesuatu yang aku rasa agak penting dengan kawan2 semua. Erkkk.. tetibe tersedar, ada ke orang yang baca ni? hehehe.. tak pe, kita buat2 macam ada eh.

Berbalik kepada topik asal, hari ni aku nak bercakap pasal soal kebersihan. Ye kebersihan... diulangi sekali lagi pasal KEBERSIHAN. Kenapa? Terdapat dalil naqli yang menyatakan bahawasanya Allah SWT berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 11 yang bermaksud:  "Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan  kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya"

Firman Allah SWT dalam surah Al-Muddatstsir, ayat 4-5 juga yang bermaksud: "Dan pakaianmu sucikanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah" berkaitan dengan kebersihan iaitu pakaian. 

Disebutkan juga dalam surah  Al- A'raf ayat 31, yang mana Allah SWT memerintahkan kepada kita: "Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid". 

Selain itu, menjaga kebersihan diri juga merupakan sesuatu yang disukai oleh Allah SWT, sebagaimana ada dinyatakan dalam hadis Rasulullah: seseorang bertanya, "bagaimana tentang seseorang yang suka mengenakan pakaian dan sepatu yang indah-indah?" lalu Baginda menjawab, "semua ciptaan Allah SWT adalah indah dan Dia menyukai keindahan". 

Oleh itu, sama-samalah kita jaga kebersihan ye kawan-kawan. Kalau kita comot, busuk, pakai selekeh orang pun rasa selesa nak berkawan dengan kita kan? Nak nak lagi kalau kita buka mulut sikit je dah terkeluar 'haruman' bau mulut. Kadang-kadang tu, kawan kita nak tegur pun rasa tak sampai hati, takut kita ni terasa. Alih-alih kawan kita tu tahan je lah nafas waktu kita bercakap. Kesian kat kawan kita. Lama-lama boleh jadi semput, tak cukup oksigen.

Bau badan pun camtu gak, silalah titikberatkan. Pakailah pewangi ketiak atau bahasa sopan dia deodorant. Bukanlah mahal mana pun, kat pasaran tu ada macam-macam jenis, bentuk, haruman. Pilih je nak yang macam mana, yang sembur, yang golek2, yang jenis stick. Kalau macam Miss FF ni memang tak leh pakai deodorant, nanti gatal-gatal dan melepuh, alergik dengan bahan kimia yang ada dalam tu. So, FF akan pastikan badan akan wangi dengan bedak Carrie Junior baby powder, groovy grapeberry yang berbau harum dan digemari ramai, hehehehe seisi rumah pakai bedak ni. 

Pakaian pun sama, macam baju yang kita pakai tu, biarlah bergosok dan tak berkedut seribu macam nenek kebayan. Memang la logiknya baju yang kita gosok tu akan berkedut gak bila dah pakai lama-lama, dan mungkin kita akan rasa buat penat je aku gosok baju ni tapi berkedut gak! Ish ish cik Kiah, kita tak leh ler pikir lagu tu... baju yang dah gosok dan kemudiannya berkedut tu lagi elok daripada kita pakai pakaian yang memang tak digosok langsung dan ada seribu kedutan padanya. Kita ni kenalah pakai comel2, barulah sejuk mata orang memandang. Lagipun, kalau kita tak gosok baju tu nampak sangat lah yang kita ni pemalas. Ya ampun ibu2, bapak2, semua yang ada di sini.. kita nak ke kalau orang cakap kita ni pemalas, comot dan selekeh? 

Oklah, kat bawah tu ada link satu artikel yang ingin dikongsikan bersama. Sudilah baca ye. 
Muslimat Comot, Muslimin Selekeh | iluvislam.com discover the beauty of islam

No comments:

Post a Comment

Arigato! thanks for the comment/s