Get your own Digital Clock

Sunday 27 May 2012

Sabarlah wahai sayangku~

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini adalah hari Ahad, jadi dah masuk hari ke-3 aku dengan rasminya bercuti. Ada lagi 7 hari berbaki yang akan berakhir pada hari Ahad depan. Cuti kali ni aku tak balik ke kampungku di Kelantan kerana..... mereka-mereka yang sedang merindui aku pada ketika ini... yang tak putus-putus menghantar sms menagih janji-janji manisku untuk pergi melawat mereka. Aduh, saban hari budak-budak dok mesej aku tanya:

"kak angah buat apa tu?"

"angah janji nak datang. bila?"

"tak ada apa kakak tanya je kak angah bila nak datang"

"kak angah buat apa tu kata nak datang"

"hari rabu kak angah bila nak datang kak angah kakak nak tanya je lama tak jumpa kak angah"

Boleh stress aku! Aduhai... sudahku bilang aku punya kerjaan yang mahu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pulang bercuti ke rumah mereka. Dan sudahku minta tempoh masa hingga hari rabu, tapi aduh mereka ini nggak ngerti dong. Eh.. kan dah ngebong aku ni sampai nak berbahasa Indon plak.. Ye budak-budak aku faham budak-budak susah nak faham apa orang dewasa perlu buat walaupun sudah dijelasin beribu kali masih juga nggak ngerti. Bila diberitahu tengah buat kerja, dibalasnya begini:

"kerja apa kak angah"

dan bila aku dengan sengaja malas nak balas dan biarkan je mesej tu mesej yang lain pulak dihantarnya.

"kerja apa banyak ke"

Sayangku semua, angah pun rindu kat korang semua tapi sabarlah. Angah banyak kerja nak buat. Dengan assingmentnya, lab reportnya, nak study untuk test lagi... dll. Hmmm... nampak gaya pagi besok jugak aku kena heret beg pergi bas station dan naik bas pergi ke rumah mereka. Terpaksalah, buat kerja kat sana yang penting aku ni dah ada depan mata dorang semua.

Tapi itu adalah mustahil bagiku! Amat mustahil.. mengikut pengalaman lepas kalau aku dah pergi sana memang sangat susah untuk aku buat kerja manakan tidak, ada je benda yang dorang nak suh aku buat. Memang nak bertempek je ngan aku 24 jam. Kakak sepupu kesayangan la katakan... hak hak hak hak... kembang lubang hidung jap...



Buah hati yang dirindui~





Kak Liyana dan Deqwan





Deqwan dan Kak Zatie





penghibur hati yang dirindui~



Hakim yang keletah dan manja




abang Danial dan adik-adik

Itulah mereka-mereka yang tengah merindui aku.. hik hik hik hik... memang perasan habis la ko ni Jah! Aku pun rindu kat dorang gak sebenarnya. Tapi tulah tak boleh pergi lama-lama nanti kerja ntah ke mana aku pun ntah ke mana. Budak-budak ni semua boleh tahan lasak dan nakalnya. Tu yang aku penat nak melayan tuh. Ada je karenahnya, budak tengah nak membesar la katakan.

Oh my darling semua, please be patience ok. I'm gonna meet you all very soon. Watch out! (^_^)v

P/S: need to do a bundle of homeworks, finish it soon and gonna fly to *e*t**g soon.. he3

No comments:

Post a Comment

Arigato! thanks for the comment/s